kawan SOWT

Sabtu, 13 April 2013

cakkk!


assalamualaikum . haiii ~

korang apa khabar? sehat tak? kalau sehat, alhamdulillah dan kepada yang kurang sehat macam sowt ni, sabar je lah ye :)
okay, hari ni sowt nak cerita pasal 'teman lelaki' sowt. hahahak. tak lah. tipu. bukan 'teman lelaki', kawan biasa je tapi jantina nya memang lelaki lah. huhuk >.<
siapa dia?

cakkk !

hahahak. gambar dia takde lah. sowt check kat facebook dia pun takde gambar. jadi korang buat buat kenal je muka dia ek? hehex.
sowt bagi tahu ciri ciri dia ek?
dia hensem, muka dia putih. dia ada lesung pipit satu kat pipi. dalammmm.... wow~ korang bayangkan muka dia macam mana. serius sowt cakap, handsome tahap gaban. huhux.

dia satu kelas dengan sowt. kitaorang rapat laa. orang tengok pun fikir kitaorang ni pasangan couple dan disebabkan itulah ramai yang jealous dengan sowt. tapi, kitaorang selalu je gadoh. boleh berlaku gempa bumi bila dah meletus pergadohan tuh. dengan suara sowt yang lantang, hahahax. dan siapa yang kalah korang rasa? adakah sowt? semestinya tidak. mesti laa dia. kesian tak? kesian sangad tau. hahahax.

walaupun kitaorang selalu gadoh, tapi masih lagi timbul kesweet-an nya tau. wah~ terkenang sowt detik tuh. senyum senyum dah sowt sekarang ni. hehex. sowt panggil dia Mickey Mouse sebab telinga dia. hahahak. dia pulak panggil sowt 'Singa Betina'. tak guna betul. semua lelaki dalam kelas sowt panggil dengan nama tuh. nama tuh tercipta kerana sikap sowt yang suka marah marah dorang. macam mana tak marah? dorang bikin sakt hati tau! kalau boleh, sowt nak tampar je dorang semua lelaju, tapi tak boleh! anak orang.

sowt tak suka perangai di sekarang, tak best macam waktu kitaoang darjah enam. sekarang dia dah tambah nakal a.k.a jajal. menyampah sangad bila bercakap dengan dia. suka sangad loyar buruk.
tapi sekarang walaupun baru sehari tak jumpa, sowt dah rindu daa dengan dia. hehex.
tak sabar jumpa dia hari isnin nih.

Khamis, 4 April 2013

dia cinta kat kita ke ??


assalamualaikum . hai .

kengkawan sowt selalu bertanya, apa tanda tanda seseorang tu cintakan kita?
hmmm.. sowt akan bagi beberapa tanda mereka cintakan kita kat bawah ni ek. so, korang teruskan lah membaca ye..

1) tak dapat bagi sebab kenapa dia mencintai kamu?
# orang yang mencintai kamu tidak akan mampu memberikan atau menjelaskan sebab kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu satu nya. betul tak? bila sowt tanya korang kenapa korang cintakan BF atau GF korang, korang dapat jawab ke? kalau sowt, comfirm tidakkk....

2) menunggu.
# jika orang yang mencintai korang tuh hanya teman biasa dan kamu sudah pun mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak akan peduli! kerana yang penting baginya kamu bahagia dan akan sentiasa menjadi impiannya. sanggup menunggu lah kunun. ye lah, cinta tak mengenal waktu. tapi kalau sowt, pasrah dan redha je lah. dah orang tak nak buat apa nak terhengeh hengeh. buat malu je. tapi itu sowt laa..

3) menerima.
# orang yang mencintai kamu akan menerima apa jua kekurangan kamu. di hati dan matanya hanya kamu yang tercantik walaupun berat badan kamu dah menaik ke.. dia tidak akan kisah! dan yang pasti, dia akan membiarkan kamu menjadi diri kamu sendiri.

4) ingin tahu.
# orang yang mencintai kamu sentiasa ingin tahu apa perkembangan kamu, apa yang kamu lakukan hari ini, ingin tahu kegiatan kamu, apa makanan kegemaran kamu dan semua tentang kamu. mungkin korang rasa dia penyebok kan tapi sebenarnya dia perhatian dekat korang.

5) asyik asyik SMS.
# orang yang mencintai kamu akan sentiasa mengirimkan SMS seperti 'Good Morning', 'Good night and sweet dream', 'Take Care' dan lain lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS-nya itu tetapi dia tidak akan kesah kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya tetapi dengan cara yang berbeza. kadang kadang mereka malu untuk mengatakan 'I LOVE YOU' jadi mereka berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) mengingati.
# jika dia mencintai kamu, dia akan sentiasa mengingati setiapa kejadian yang kalian lalui bersama bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri telah lupakan. dia mengingati itu semua kerana saat itu lah saat yang paling berharga dalam hidupnya.

okay.. amacam? ada tak tanda tanda yang sowt bagi kat atas tuh dengan orang yang mencintai kamu? reneng renungkan lah ye.
sampai sini saja entry sowt kali nih. bye. terima kasih membaca.